Tuesday

Hampir-hampir kemalangan

Hampir-hampir aku  kemalangan dengan trailer masa hantar isteri ke tempat kerja...disebabkan terlalu mengantuk.. entahlah memang sesuatu perkara yg menganiaya diri menghantar isteri pada waktu pagi sedangkan aku kerja syif malam.. sepatutnya pagi tu waktu untuk aku tidur.. tapi aku gagahkan jugak kerana hendak menyenangkan isteri aku ke tempat kerja...aku tahu memang susah dia nak ke tempat kerja.. tapi macam biasa isteri aku tidak mengakuinya kerana sikap ego dan sombongnya.. bagi dia kalau aku hantar takper.. tak hantar pun takper.. boleh naik teksi katanya...tapi setiap kali aku tak hantar dia.. dia akan sampai ofis lambat dan akan sampai rumah pukul 9 malam lebih berbanding sebelum maghrib  jika naik motor dengan aku..kali ni aku nekad... aku sedar suatu hari nanti pasti aku akan berbuat kesilapan... walaupun kematian itu boleh berlaku di mana2 tapi Allah swt beri kita akal fikiran.. selagi boleh elakkan... elakkanlah.. aku rasa isteri aku lebih selamat pergi ke tempat kerja dengan pengangkutan awam walaupun bersusah payah terpaksa bertukar lebih dari satu pengangkutan awam.

No comments:

Post a Comment