Wednesday

Saturday

Monday

Tahun baru 2019

Start tahun baru...bulan April ni baru start tulis blog balik.

Saturday

Tiba - tiba

Tiba - tiba aku mengalir air mata kata masjid ni lepas solat Asar...ini adalah rahmat Allah izinkan aku menangis...aku amik kesempatan beristighfar. .memang aku banyak buat salah dengan Allah...harap dosa aku diampuni.

Thursday

Sunat Witir

Pelik bulan Ramadan ni aku jarang solat witir. ..InsyAllah tahun depan aku buat lebih kerap solat witir.

Sunday

Aku tak pedulik

Korang nak bincang apa pun dalam kereta aku....aku tak pedulik...yang penting aku nak duit korang je.

Saturday

Azam 2018

Sejak aku join UberGrab...Alhamdulillah duit aku banyak sikit...dapatlah aku belanja makan dan anak-anak isteri aku lebih sikit...tapi azam aku tahun baru ni nak simpan duit banyak sikit...disamping belanja anak isteri...belanja tu belanja jugak aku perlu jugak menyimpan.

#Ada duit abg sayang...takder duit abg melayang#

Ping tak banyak tapi..

Alhamdulillah dapat offline job pergi dan balik dari KLIA...dapatlah Rm150. ..Alhamdulillah...ping tak banyak hari ini tapi Allah bagi rezeki yang lain.

Friday

Ulser

Lidah asyik kena ulser...apa petandanya...harap takda apa2

Bapak mertua sakit

Walaupun tiada siapa yang beritahu yang sudah seminggu bapak mertua aku sakit...tapi perancangan  Allah swt sememangnya di luar jangkauan pemikiran...bermula kereta aku kena langgar lori dari belakang..aku terpaksa ambik Uber untuk ke bank yang sangat jarang aku pergi untuk keluar duit..akhirnya aku berjumpa dengan kawan bapak yang berniaga di tepi bank...dari situ aku baru aku tahu bapak aku sakit...aku sedar perancangan Allah swt itu sebenarnya  lebih awal dan lebih jauh.

Thursday

Terpaksa haramkan

Saya yang bernama Muhammad Zumairi bin Subandi adalah suami kepada Seri Hartuti binti Suharto mengharamkan isteri saya dari berkawan dengan Azila

Friday

Terbayang

Aku tengok ada jemaah yg bawak anak2 dia ke masjid... teringat aku kat Solehin dan Firdaus.. aku teringin hendak buat perkara yang sama.

Tuesday

Tak pernah benarkan

Seumur hidup aku jadi suami... aku tak pernah benarkan isteri aku pergi tengok wayang atau memakai seluar walaupun longgar untuk keluar rumah.

Monday

Cuti cuti begini sepatutnya...

sepatutnya aku boleh bersama-sama pergi tempat yang menarik..atau setidaknya makan bersama anak isteri di luar.Tapi disebabkan sikap kau... semua tergendala.

Saturday

Fokus Utama

Fokus utamanya sekarang... aku mesti kumpul duit untuk beli rumah... dan yang paling penting tanpa bantuan isteri aku yang suka mengungkit tu..sekali-kali lepas ni aku takkan mintak tolong dengan dia walau sedikit sekalipun kerana aku dah tahu hati budi dia.

Thursday

Sudah 3 bulan

3 bulan lebih aku jadi pemandu uber...bermakna selama itu aku dah lama tak menulis blog...sibuk 'driving' buat aku susah nk menulis.. tapi aku cuba jugak utk menulis kerana banyak pengalaman aku boleh kongsi... banyak rezeki duit yang Allah swt bagi kat aku... nafkah pun aku dapat bagi lebih sikit.. walaupun aku sedar isteri aku dan bapak mertua tetap perlekehkan aku.. nak buat macamana dah sikap diorang camtu.. aku dah boleh simpan duit sikit2...niat aku satu saja buat masa ni... simpan duit untuk beli rumah... hanya itu cara untuk aku dapat bersama anak2 balik...semoga Allah permudahkan.. aamiin.

Saturday

Pemandu Uber

Mulai hari ini.. sah aku jadi pemandu uber..

Tuesday

Alhamdulillah...hubungan kembali baik

setelah lebih 5 bulan dingin dan duduk berasingan...hatinya tiba-tiba lembut untuk menerima aku balik.. Alhamdulillah...demi anak2..aku juga korbankan perasan aku sendiri kerana aku sedar.. hubungan kekeluargaan lebih penting dari  perasaan  aku.. tak tahu sampai bila hubungan yg terbaru ni akan berkekalan...tapi aku tak peduli kerana jika berlaku lagi.. akan aku pertahankan kuasa pembatal yang aku miliki..demi anak2 aku...yg perlukan ibu ayah..fikiran seorang lelaki perlu lebih panjang dan jauh dari seorang perempuan.

Friday

Alhamdulillah...sudah 60

Partner TE bawah aku dah mencapai 60 orang..Alhamdulillah

Saturday

Ulangtahun Perkahwinan

Aku tahu kau membenci aku... tapi aku harap janganlah benci ucapan aku ni.. aku ucapkan Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan...maafkan aku kerana tidak mampu membahagiamu.. maafkan aku kerana tidak menjadi suami seperti yang kau harapkan...kini baru aku sedar perkahwinan juga adalah satu ujian buat kita.

Sunday

Lagi seorang untuk 60

Partner bawah Tone Excel dah meningkat ke 59 orang...Alhamdulillah.

Saturday

Selamat Hari Lahir

Selamat hari lahir anak sulongku Ahmad Solehin.. Wallid doakan semoga segala kebaikan dan kefahaman ilmu agama Islam ini sentiasa berada pada dirimu berkat izin Allah swt. ..aamiin

Monday

Akaun FB yg baru

asyik takleh log in je... last2 aku fikir baik 'create acc' baru je senang.

Thursday

Saturday

Mungkin ini hikmahnya

Allah memberi jalan pada aku untuk berbakti dengan ibu aku dengan lebih banyak lagi.

Friday

Pandangan mata..

Dari pandangan mata kau...berat dalam hati aku mengatakan bahawa kau juga seperti aku... ingin berbaik semula...ingin membina keluarga ini kembali. .. tapi masing-masing masih ego.. semoga ada sinar untuk kita hari esok. ..InsyAllah.

Wednesday

Cukuplah dengan aku saja

Kalau benci aku.. benci lah aku seorang.. naper hendak melibatkan orang lain pulak.

Friday

Ibu mertua masuk hospital

Lepas mak kandung aku sakit.. skrg mak mertua pulak sakit...nampaknya sakitnya agak teruk... lepas kena kencing manis hari tu...kena pulak sakit kegagalan buah pinggang...

Doaku utk mu

Tuesday

Yang baik baik sahaja

kalau berlaku perkara tak baik pada isteri aku... bermakna anak-anak aku juga akan terkena tempiasnya.. oleh itu aku doakan Ya Allah semoga isteri dan anak-anak aku diberi kebaikan yang berpanjangan dan dijauhkan dari malapetaka buruk.

Saturday

Semua situasi kau nak menang

aku tahu memang inilah yg kau suka sangat... aku tak balik rumah.. tak perlu nak layan aku.. hanya kau dan anak-anak...tapi orang lain tak tau.. apa yg kau inginkan aku dah bagi tapi maaf...aku takkan ceraikan kau kerana nanti susah aku nak jumpa anak-anak dan aku ada perancangan nak buat pada kau dalam bulan-bulan yang mendatang ni...tapi macam biasa kau guna situasi aku tak balik rumah ini untuk kelihatan seperti kau dianiaya dan dizalimi oleh aku...hebat cara kau sebarkan aib aku.

Mamakholic

asyik lepak kedai mamak je aku ni... berejam lak tu.. wifi free adalah tarikan utama... dulu boleh jugak minum sama isteri dan anak-anak... tapi isteri asyik mintak cerai je... fedap lak aku... aku nk pegi sana.. tolong tepi sikit.

Monday

Tone Excel tetap terus

Walaupun aku join bisnes baru... itu tak bermakna aku tutup buku Tone Excel...TE tetap diteruskan...tkder sebab nak berenti.

Wednesday

Alhamdulillah mak makin sembuh

ada tanda2 yg mak akan dapat berjalan semula..Alhamdulillah...tapi masih perlu berada di hospital lagi.

Tuesday

Mak masuk hospital

dah 5 hari... tak pasti harapan untuk melihat mak berjalan seperti biasa... harap hanya sementara.

Wednesday

Alhamdulillah...ramai pulak yg beli

Jus Jantung Pembersih Kolesterol dapat sambutan menggalakkan pulak walau baru pertama kali aku ceburi perniagaan produk kesihatan dan kecantikan ni... Alhamdulillah...aku mesti fikir disebabkan promosi tanpa henti kat group wassap... atau kebetulan kawan ofis meninggal disebabkan serangan jantung walau baru berumur 34 tahun... tapi yang paling tepat ialah ini adalah rezeki dari Allah.. kalaj Allah tak izinkan...produk hebat camner pun tak kemana.

Monday

jual Jus Jantung

perniagaan terbaru yg aku ceburi.. jual Jus Jantung Pembersih Kolesterol

Wednesday

Risau kemudian lega

Risau bila dapat tahu 3 downline TE aku 'expired' simcard dia... malas nak topup lah tu... inilah bahananya kalau tak jadikan simcard utama.. aku risau lah sikit pasal kemungkinan komisen aku akan jadi berkurangan...tapi Alhamdulilah komisen 'maintain' lak...mungkin ada downline yang top up lebih kot bulan ni.

Bilalah pondok nak siap


dah bagi Abg Nan rm3000 pun tak mampu nak siapkan... 



Saturday

Hati kecil aku bertanya dan menjawab

Kekadang masa duduk bersendirian beriktikaf di masjid... hati kecil aku tiba tiba bertanya...adakah ada wanita yang 'match' dengan  aku di dunia ini... adakah aku tak  layak untuk memiliki wanita yang match dengan aku ni?...hati kecil aku menjawab bersangka baiklah dengan Allah.. pasti ada wanita yang aku maksudkan ni.. kalau Allah hendak jodohkan aku dengan wanita ini bila bila masa saja boleh...ianya tak berlaku lagi... maknanya ini adalah ujian Allah swt... Sabarlah.

Friday

Kata Hati

Musim durian datang lagi

masa pokok durian berbunga time bulan puasa hari tu... Abg Yus kata macam tak banyak je... rupa2nya jangkaan meleset... Alhamdulilah... buah durian tahun ni kira banyak jugaklah.. boleh lah tidur kat kebun sambil bakar ayam.

Tuesday

Azam lepas raya

Mulai hari ini.. setiap hari aku hendak bersedekah.. maksud aku hari-hari..tak kira paling kurang seringgit atau seposen.. InsyAllah mesti  ada sesuatu yang baru yang  aku akan dapat.

Friday

Tak beli baju raya

Buat pertama kali rasanya raya tahun 2016 ni... aku tak beli baju raya walau sehelai pun... walaupun aku tahu ianya sunnah...takperlah yg penting anak2 dan isteri  pakai baju baru raya ni... aku macam biasa.. apa pun situasi aku pasti akan dituduh tak bertanggungjawab oleh isteri..

Thursday

Suka minta talak tanda sombong

perempuan yg suka minta talak dengan  suami walau hanya perselisihan faham yg kecil ini bagi aku adalah perempuan yg sombong...sombong dengan kerjaya yg dia ada... sombong dengan duit gaji yg dia ada...bangga dapat beli keperluan rumah dan anak anak dengan duit dia sendiri... perlekeh suami kerana beri nafkah yg sedikit.. tidak sedikit pun berniat hendak bantu  suami...dia lakukan perkara itu hanya hendak beritahu semua org bahawa suami dia kononnya  tak bertanggungjawab....namun dia lupa semua itu boleh ditarik oleh Allah swt dalam sekelip mata saja..semoga perempuan sebegini insaflah sebelum terlambat.

Walau kuat aku mencuba

ahli keluarga aku tetap pulaukan aku walau macamana aku cuba utk dekatkan diri... hanya mak saja lah yg memahami.. kalau mak dah takder.. memang aku akan keseorangan lah

Friday

1 hari raya

Aku perlu hilangkan diri kejab utk elakkan adik beradik mengumpat mengata aku... lepas diorang dah balik.. barulah aku jelmakan diri.

Wednesday

Handfone yg ke 5

Harap tak hilang lagi lah.. ini masuk kali ke 5 hilang dah

Sunday

Tak pasti raya pertama

Berat hati aku nak bersama-sama keluarga hari raya pertama nanti tak kira keluarga sendiri  atau belah dia..

Tahajud bola

Orang  lain qiamulalai tahajud... aku tgk bola euro.. aduhh.. maafkan aku Ya Allah.

Wednesday

Ramadan hampir tiba

harapan aku agar 12 perkara yg aku azamkan pada bulan Ramadan akan terlaksana.

Monday

Smartfone baru lagi

Sangap selama 2 minggu takder enset yg kena curik kali ke 3...Alhamdulillah dapat beli enset baru hari ni...walaupun trpaksa toreh duit bayar keta huhu.

Wednesday

Updated sehingga hari ni

Downline TE aku dah mencecah 40 orang... Alhamdulillah.

NtahapaapaNtah Abang

boleh pulak cakap camtu dalam group...abis tu time anak dia kahwin dia tak jemput pun semua adik beradik...tapi adik beradik boleh faham..tetap hadir macam biasa.

Bakti pada Bonda

jika perkara tu senang...semua orang akan melakukannya.

Solat Gerhana Matahari

Selama 39 tahun aku hidup atas muka bumi Allah swt ini...baru pertama kali buat solat sunat gerhana matahari.

Monday

Bil letrik rumah mak

dah bertambah tunggakkanya...dekat sampai 200 lebih...takda orang hendak membayarnya...akhirnya mak pinjam duit kawan dia untuk bayar bil...kesian mak...dalam usia yg tua ni masih fikir pasal bil2

Wednesday

Bukan demam campak

Alhamdulillah...lepas chek kat hospital Selayang...Firdaus hanya demam biasa tapi ada bintik2 merah lak...nasib baik tak banyak.

Monday

Firdaus demam campak

Dapat mesej dari orang umah kata Firdaus demam campak...harap hanya elergi ubat...tkper esok pagi aku chek betul2.

Updated sehingga hari ini

Downline TE aku sudah 36 orang....masih jauh dari azam aku 100 orang...terus promo jangan berhenti.

Sunday

Rugi tak pergi preview TE

aku tengok kat fb ramai giler datang...makin dapat sambutan TE ni...masalahnya orang bawah aku ni lembab tul carik orang...aku jugak yg  kena carik orang...tkperlah saper buat dialah dapat.

Wednesday

Duit komisen masuk

Duit tinggal rm20...tiba tiba dapat wassap kata komisen TE dah masuk walaupun baru 17hb...sepatutnya biasa masuk 21hb...Alhamdulillah...ada gak sikit duit untuk bertahan sampai gaji.

Sabar

sebahagian dari iman

Monday

Ceroboh Fb aku

Kalau iye pun dah benci dengan aku...janganlah ceroboh fb aku pastu buat status fitnah tu.

Masjid seksyen 13

Masjid Al Ikhlas seksyen 13 Shah Alam wifi dia lebih laju...adakah masjid ini akan menjadi tempat lepak aku yang baru?...

Thursday

Tuesday

Memerap dalam bilik

Sepanjang cuti Raya Cina ni aku hanya memerap dalam bilik..rindu kat anak- anak seminggu tak jumpa...nasib baik ada wifi free.

Sunday

Kemalangan di hari jadi

1 Februari...tiada majlis hari jadi...tiada ucapan hari jadi dari isteri atau kawan2...hanya kemalangan jalan raya yang menyakitkan...namun aku bersyukur hanya cedera ringan.

Thursday

Azam 2016

Untuk tambah downline TE sebanyak 100 orang

Friday

Dah 28 orang

Masuk tahun baru ni bertambah lagi 2 orang join TE menjadikan 28 orang.. Alhamdulillah.

Tuesday

Bukan rezeki agaknya

Ada budak yang baru habis SPM nak masuk TE..tapi hp aku hilang lak kena curik...no fone dia hilang lah sekali....harap2 budak tu mesej lah balik kat no aku...dapatlah no fone dia balik..setakat ni dia masih tak antar msj walau kata janji nak masuk..sabarlah...kalau dah rezeki kita..camna susah pun akan selesai jugak..begitu juga sebaliknya.

Alhamdulillah dah 25 orang

Alhamdulillah masuk hari ni dah 25 orang join TE bawah aku...walaupun masih jauh nak capai kebebasan kewangan tapi bagi aku..ini dah dikira bagus lah setelah 4 bulan join TE.

Saturday

Lokasi slip gaji

Slip gaji bulan 11 ada dalam report 28/11

Paksu Trganu

Dalam banyak2 partner bawah...paksuu paling berdikari dan paling tak putus asa carik orang.. sekarang dah ada 5 orang bawah paksuu menjadikan keseluruhan 18 orang bawah aku.. perjalanan masih jauh..

Monday

2 orang lagi

Alhamdulillah..2 orang lagi join TE bawah aku.

Tuesday

Masjid ada WI FI

Alhamdulillah..masjid yang selalu aku rehat n lepak dah bagi wifi free...jimat sikit data plan.

Thursday

3 September 2015

Tarikh ni memang saja aku post pasal ini tarikh aku join ToneExcell walaupun dah bertahun ramai orang ajak aku masuk.. tak tahu apa yg boleh aku cakap pasal ToneExcel ni.. cuma 1 perkara.. kalau aku join awal-awal dulu kan bagus.. tapi masih belum terlambat kerana masih ada 39 juta orang lagi yang belum join.

Saturday

Hari untuk mak

Hari Sabtu sepatutnya adalah hari aku bersama mak tapi aku dah gunakan buat kerja overtime lak.

Sunday

Bayar hutang

Macamanalah aku nak bayar hutang motor ni...masuk bulan ni dah tujuh bulan dah tak bayar.

Tuesday

Teringin ajak masuk TuneExel

Ok ke kalau aku ajak isteri join TuneExel?.. nak ke dia?.. aku tak harapkan dia pandai carik orang.. cuma kalau dia 'topup' tiap-tiap bulan untuk kegunaan sendiri...aku pun dapat komisen... dengan komisen tu boleh gak belanja dia dan anak-anak.

Thursday

Join TuneExcel

Hari ni join TuneMobile..kebetulan ari ni aku chek maybank2u...ada lak rm99 hinggit...lupa dah mana datang duit tu.. selalu kat maybank2u aku tak pernah ada duit pasal gaji dah bertukar masuk bank Muamalat..aku guna maybank2u hanya untuk bayar duit kereta dan bayar nafkah anak isteri...lepas habis bayar memang tinggal zerolah duit aku dalam maybank..tapi entah tak tahu mana datang duit rm99...maleh aku nak fikir.. yang pasti rezeki datang dari Allah swt.. terus register TuneMobile... hari sabtu dapat sim card baru tapi kekal no lama...aku bukanlah org hebat nak carik orang... tapi tiap tiap bulan duit aku habis Rm30 bagi kat Maxis nak beli koata internet..Maxis tak bagi aku apa apa pun balik.. baik aku join TuneMobile dapat koata 1gb free tanpa tolak kedit dan ada percent2 TuneMobile akan bagi balik kalau guna sendiri atau carik orang. .itu yang diorang war warkan.. tapi biasalah kalau promo kat orang lagi lah banyak dapat.. itu mana2 bisnes sama... betul atau tidak tentang TuneMobile ni tgklah nanti..aku try and error je..tapi kalau sama bangangnya.. aku guna untuk diri sendiri jer lah.. takyah carik orang.

Wednesday

Alhamdulillah ada perkembangan baik

Aku sedar hendak mengubati hati isteri aku yang terluka memang ambil masa yang panjang... Alhamdulillah berkat mengikuti nasihat orang-orang lama.. aku mengambil keputusan untuk beralah dan minta maaf pada isteri aku...aku benar benar rasa lega melihat isteri aku mula lembut hatinya walaupun hatinya masih penuh dengan luka... memang tak guna aku berkeras kalau isteri aku tambah kerasnya..masih kedengaran dalam kepala aku kata kata abg Nasir PTK...'beralah bukan bermakna kalah'...'mulakan minta maaf bukan bermakna kita bersalah'...aku berharap dan berdoa semoga hubungan dengan isteri kembali baik seperti sedia kala.

Faktor malas solat jemaah

Memang aku kena elakkan kalau aku hendak istiqamah kembali solat jemaah...iaitu balik rumah mak tengok astro dan main laptop..dua benda ni memang buat aku lalai sampai aku malas solat jemaah... walaumacamanapun aku kena balik umah mak jugak kerana aku ni anak lelaki... aku perlu berbakti pada mak.

Tanda tanda awal

Tanda tanda awal nak demam... selepas batuk.. seluruh badan mula rasa sakit sakit

Tak pernah buat korban

Seumur hidup setakat ini sekalipun aku tak pernah buat korban walau 1 bahagian.

Tuesday

Kumpul tiket kertas

Budak yang selalu kumpul tiket jumlah beg dan tray tu dah bertukar ke pos laju... aku tengok takde saper yang sambung aktiviti dia.. tiap tiap hari lepas habis kerja aku tengok tiket tu bersepah sepah... sedangkan kertas tu kalau dijual dapat jugak duit.. aku ingat nak cuba kumpul.. dari terbuang macam tu je.. ini peluang ni.. walaupun bukan peluang keemasan...sekurang kurang dapat lepas duit minyak motor pun jadilah.

Hampir-hampir kemalangan

Hampir-hampir aku  kemalangan dengan trailer masa hantar isteri ke tempat kerja...disebabkan terlalu mengantuk.. entahlah memang sesuatu perkara yg menganiaya diri menghantar isteri pada waktu pagi sedangkan aku kerja syif malam.. sepatutnya pagi tu waktu untuk aku tidur.. tapi aku gagahkan jugak kerana hendak menyenangkan isteri aku ke tempat kerja...aku tahu memang susah dia nak ke tempat kerja.. tapi macam biasa isteri aku tidak mengakuinya kerana sikap ego dan sombongnya.. bagi dia kalau aku hantar takper.. tak hantar pun takper.. boleh naik teksi katanya...tapi setiap kali aku tak hantar dia.. dia akan sampai ofis lambat dan akan sampai rumah pukul 9 malam lebih berbanding sebelum maghrib  jika naik motor dengan aku..kali ni aku nekad... aku sedar suatu hari nanti pasti aku akan berbuat kesilapan... walaupun kematian itu boleh berlaku di mana2 tapi Allah swt beri kita akal fikiran.. selagi boleh elakkan... elakkanlah.. aku rasa isteri aku lebih selamat pergi ke tempat kerja dengan pengangkutan awam walaupun bersusah payah terpaksa bertukar lebih dari satu pengangkutan awam.

Thursday

Mengantuk yang amat sangat

Hari ni memang ngantuk giler..letak je kepala terus lelap sampai zohor...itupun siak yang kejutkan.. lepas zohor baring je terus lelap sampai asar...siak kejutkan aku lagi untuk kali ke 2..kalau tak mengenangkan kena jemput isteri..aku sambung tidur lagi...keje syif malam ni sepatutnya aku tidur siang...tapi aku buat aktiviti lain.. tu yang mengantuk tuh.

Sunday

Bawak mak pergi makan angin

Walaupun mak lebih suka keluar dengan aku...lebih suka naik kereta aku... tapi aku tak rasa banyak berbakti pada mak... aku sepatutnya bawak mak pergi bercuti pasal dia suka berjalan jalan dari duduk rumah...tapi aku dah lupa kali terakhir bawak mak makan angin.. aku hanya banyak bawak isteri dan anak anak pergi makan angin... kesian mak..

Tuesday

Duit nafkah

Bulan ni Alhamdulillah dapat bagi duit lebih sikit kat anak isteri aku pasal dapat bonus tahunan. . cuma aku risau.. isteri aku ingat mesti aku banyak duit padahal tahun inilah bonus paling sikit.

Azam Gagal

Azam Ramadhan aku gagal...banyak terawih aku tinggal.. solat jemaah pun banyak tinggal.. baca AlQuran jarang sangat.. Ya Allah panjangkanlah usiaku...kurniakanlah aku kesihatan yang baik.. serta pertemukanlah aku dengan Ramadhan akan datang.

Thursday

Hati tak tenteram

Hati tak tenteram sejak semalam... tak tahu kenapa.. mungkin memikirkan tentang masa depan kerja aku yang tak menentu...

Saturday

Sama sama kurang

Aku tengok bapak mertua aku hanya solat dirumah... Kadang2 solat tak cukup.. Aku tau kerana dia sendiri yang beritahu masa bertengkar kecil dulu...solat jemaah atau terawih di masjid memang jauh sekali...aku pernah beritahu benda ni kat isteri tapi jawapan balas dia kenakan aku balik dengan mengatakan abg aku pun perangainya hampir sama... Dah sama sama kurang.. Takleh nak cakap apa lah..

Friday

Yang paling aku risau

Harap aku tak selisih faham dengan isteri lebih lebih lagi time nak dekat raya ni...payah..hubungan tengah baik sekarang nih.. Alhamdulillah...tapi kalau berlaku jugak aku tetap sabar..harap tak berlaku lah.

Thursday

Azam Ramadhan

Tak tinggal solat jemaah, tak tinggal solat Dhuha, sedekah setiap hari walau singgit,banyak zikir dan selawat